Giliran Diddy AF buru gelaran Doktor Falsafah (PhD)di University of Glasgow Scotland

Penyanyi yang diasah bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Diddy Hirdy akan menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang muzik di University of Glasgow, Scotland.

Giliran Diddy AF buru gelaran Doktor Falsafah (PhD)di University of Glasgow Scotland

Giliran Diddy AF buru gelaran Doktor Falsafah (PhD)di University of Glasgow Scotland

Diddy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi Muhid ditemani isteri dan anaknya, akan berangkat ke Scotland, esok.

“Dua tahun lalu, saya pernah melanjutkan pengajian dalam bidang sama pada peringkat sarjana di University of Liverpool, United Kingdom (UK).

“Alhamdulillah, hasrat untuk menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi berjaya direalisasikan apabila saya mendapat tajaan Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Saya yang bertugas sebagai tutor di UUM terpaksa mengambil cuti dan hanya akan kembali menyambung tugas apabila tamat pengajian tiga tahun nanti,” katanya kepada BH Online.

Menurut Diddy, minatnya terhadap muzik tidak akan pupus, malah mahu terus menimba ilmu sebagai bekalan masa depan.

“Bukan bermakna menceburi dunia nyanyian itu tidak menjamin masa depan, cuma saya percaya ilmu juga penting sebagai sandaran.

“Landskap industri muzik kita semakin mencabar dan dalam situasi yang tidak menentu, saya perlu memikirkan strategi untuk terus bertahan.

“Saya memilih akademik sebagai jalan untuk meneruskan pembangunan kerjaya selepas 10 tahun bergiat sebagai anak seni,” katanya.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Giliran Diddy AF buru gelaran Doktor Falsafah (PhD)di University of Glasgow Scotland"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect