Anak aktivis alam sekitar dakwa rakyat ditindas dan hidup ketakutan

Anak perempuan aktivis alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bersuara terhadap penahanan ibunya baru-baru ini dan melabelkannya sebagai tindakan ketidakadilan.

Sharifah Fareena Syed Yusof dalam satu kenyataan yang disiarkan Sabrina di Facebook, meluahkan perasaan sedih dengan kejadian menimpa ibunya yang dikurung 3 hari.

teks

Fareena turut membidas mereka yang mengutuk aktivis kerana berjuang untuk mereka yang tidak mampu bersuara.

“Entah bagaimana orang ramai membuatkan ia seolah-olah salah memperjuangkan apa yang kita percayai dan salah memperjuangkan bagi pihak tidak mampu bersuara,” tulis Fareena.

Beliau kemudian berkata, ibunya adalah seorang pejuang yang akan terus berjuang bukan sahaja untuk beliau dan keluarga, tetapi juga untuk masa depan.

“Beliau berjuang untuk anda semua dan paling penting, untuk alam semula jadi.

“Ibu saya akan terus berjuang untuk perkara yang betul dan kami akan berdiri teguh bersama, selama-lamanya dan sentiasa.”

Sabrina, presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), dan pentadbir organisasi Norhayati Shahrom ditahan minggu lalu.

Mereka didakwa menghina Sultan Johor melalui posting Facebook menonjolkan aktiviti pembalakan yang berlaku di atas tanah dipercayai dimiliki Sultan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan jika didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, sehingga satu tahun di dalam penjara, atau kedua-duanya sekali.

“Rakyat Malaysia ditindas dan kita hidup dalam ketakutan,” kata Fareena.

“Kebebasan bersuara dan berekspresi tidak diterima dan saya menyaksikannya sendiri. Ibu saya berjuang untuk sesuatu yang tiada siapa berani atau mahu perjuangkan.

“Tiada seorang pun daripada kami menyesal melakukannya. Ini (tangkapan) adalah kezaliman,” kata wanita berusia 20 tahun itu.

Sabrina mengulas perkara itu berkata ia membuatkannya lebih berazam untuk berjuang demi “alam semula jadi tidak ternilai” di negara ini.

 

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Anak aktivis alam sekitar dakwa rakyat ditindas dan hidup ketakutan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect