Zarul Mahu Peluang Kedua

Zarul Mahu Peluang Kedua

Zarul seorang yang tenang, senang berbicara dan murah dengan senyuman (Kredit Gambar: Syamel Ng)

Bertemu dengan pramugara segak ini sangat mudah dia berbicara. Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella sudah tahu apa yang diinginkan dan dicapai. 

“Saban minggu apa yang saya mahu capai di dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini adalah memberikan persembahan paling terbaik yang saya mampu,” ujarnya sambil menguntum senyum.

“Saya tidak masuk GV3 hanya untuk suka-suka. Saya ingin kembali ke industri seni dengan karier yang lebih mantap, dan GV3 adalah batu loncatan terbaik untuk melakukannya.”

Masih banyak yang mahu disumbangkan kepada dunia seni (Kredit Gambar: Syamel Ng)

“Saya melihat teman-teman artis yang memasuki GV1 dan GV2 sudah mula kembali bersinar dan kembali menyemarakkan industri seni dan itulah yang saya mahu.”

Sebelum ke GV3, Zarul sudah dua kali mengeluarkan single. Satunya adalah single duet bersama Marsha, dan yang terbaru single bertajuk ‘Jangan Pernah’.

“Alhamdulillah, sejak memasuki GV3, muzik video ‘Jangan Pernah’ makin ramai ditonton. Malah, kelab peminat saya, Zarulians FC juga semakin bertambah. Dulunya tidak sampai 300 tetapi kini sudah menghampiri 3,000 orang,” senyumnya lagi
.

Zarul gembira dapat mengumpul peminat baharu terutamanya generasi muda (Kredit Gambar: Syamel Ng)

“Terkejut juga sebab makin ramai peminat saya yang muda-muda usianya sampai tak tahu nak membahasakan diri saya sebagai uncle atau pakcik sebab anak saya pun dah berusia 19 tahun,” ujar Zarul ketawa.

“Follower saya di Instagram dan Twitter juga semakin bertambah dan kebanyakannya adalah wanita. Cabaran saya adalah untuk menarik peminat-peminat lelaki untuk turut menyokong saya,”

“Teman-teman sekerja juga turut membuat kelab peminatnya sendiri yang dinamakan Official Zarulian Highflyers. Sokongan mereka inilah yang membakar semangat saya untuk memberikan persembahan yang terbaik di setiap konsert.”

“Saya sangat berharap agar sokongan mereka ini bukan hanya setakat di GV3 sahaja, tetapi berterusan selepas tamatnya rancangan ini. Mungkin bila saya hasilkan single terbaru nanti, dengan sokongan mereka, lagu saya dapat menembusi carta-carta radio,” pintanya penuh harapan.

Zarul sangat berharap sokongan peminat akan berterusan walaupun selepas Gegar Vaganza 3 tamat (Kredit Gambar: Syamel Ng)

Ditanya siapakah pencabar terdekat beliau di dalam GV3, Zarul tidak mahu spesifik.

“Kesemua mereka ada kelebihan masing-masing jadi saya anggap semuanya pencabar saya. Tipu kalau saya katakan saya tidak mahu berjaya, tapi tumpuan saya lebih kepada konsert mingguan. Setiap minggu cabaran berbeza dan saya perlukan peningkatan dan persembahan yang berbeza.”

Harapan paling mega dalam GV3 ini tentulah ke final dan merebut sekurang-kurangnya tiga tempat teratas,” ucap Zarul mengakhiri temubual.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Zarul Mahu Peluang Kedua"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect