Pelajar kolej curi beg, selipar dan baju dipenjara

Seorang pelajar wanita sebuah kolej dipenjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana mencuri sebuah beg, sepasang selipar dan sehelai baju di pasar raya. — Paparam skrin GoogleSeorang pelajar wanita sebuah kolej dipenjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana mencuri sebuah beg, sepasang selipar dan sehelai baju di pasar raya. — Paparam skrin GoogleKUALA LUMPUR, 19 Mac — Seorang pelajar wanita sebuah kolej dipenjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencuri sebuah beg, sepasang selipar dan sehelai baju di pasar raya, Selasa lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Amiratul Sharazad Jamaluddin, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri barangan itu yang kesemuanya bernilai RM105.70 di Pasaraya Aeon Big, Taman Dagang Permai, Hulu Langat, di sini pada 6.50 petang, 13 Mac lepas

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya hendaklah dipenjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, seorang pekerja pasar raya itu telah ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan apabila mengambil beberapa barangan serta memasukkan ke dalam begnya dan hanya membuat bayaran bagi beberapa barangan sahaja.

Ketika rayuan peguam Akmal Jusoh yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah anak guamnya telah menyesal dan melakukan perbuatan itu ekoran kesempitan hidup dan benar-benar memerlukan beg sandang yang dicurinya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh mengambil kira kesempitan hidup bukan alasan untuk melakukan kesalahan mencuri. — Bernama



Sumber Pelajar kolej curi beg, selipar dan baju dipenjara

0 Response to "Pelajar kolej curi beg, selipar dan baju dipenjara"

Post a Comment