Syarikat konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. (Kesturi) akan melakukan penutupan satu lorong dan lencongan jalan sementara selama sebulan di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) bermula esok.
Jalan MRR2 arah Kepong ditutup sementara
Pengarah Projek Kesturi, Zakaria Shafie berkata, penutupan dan lencongan selama 24 jam sehingga 6 November itu dan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya DUKE 2.
“Antara laluan yang terlibat adalah dari arah Kepong menghala ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Pengguna boleh menggunakan susur keluar kiri untuk ke Lebuhraya LDP atau menggunakan pilihan kedua dengan melalui Jalan Taman Bukit Maluri, Kepong.
“Kakitangan yang bertugas akan ditempatkan di lokasi bagi memantau pergerakan aliran trafik khususnya pada waktu puncak. Orang ramai dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati di sepanjang kawasan pembinaan dan mematuhi arahan serta papan tanda yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sumber: UTUSAN ONLINE
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Jalan MRR2 arah Kepong ditutup sebulan bermula 8 Oktober 2016"
Post a Comment