Dalam kejadian jam 2.30 pagi, semua suspek berusia 18 hingga 45 tahun itu dicekup bersama-sama 200 kilogram pelbagai jenis ikan bernilai RM8,000 yang disyaki ditangkap dengan menggunakan kaedah haram berkenaan.
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, turut dirampas adalah lima bot pam yang dinaiki kesemua suspek dan kini dibawa ke Ibu Pejabat APMM Sabah untuk tindakan lanjut."Dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Khas Daerah Maritim Kota Kinabalu atau Op Khas DM 15 itu, kita berjaya menahan seramai tujuh lelaki warga Filipina yang disyaki melakukan aktiviti pengeboman ikan di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud, pagi ini.
"Selain daripada tangkapan itu, kita turut berjaya merampas 200 kilogram pelbagai jenis ikan dan lima pam bot yang disyaki hasil daripada kegiatan haram suspek berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena Op Khas Daerah Maritim Kota Kinabalu di Ibu Pejabat APMM Sabah, hari ini.
Mengulas lanjut, Zubil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kesalahan imigresen, semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber Tujuh nelayan asing ditahan Maritim Malaysia
0 Response to "Tujuh nelayan asing ditahan Maritim Malaysia"
Post a Comment