Ibu bapa kanak-kanak yang parah jatuh eskalator boleh diambil tindakan kerana cuai

Ibu bapa kanak-kanak perempuan yang parah selepas jatuh eskalator di Kompleks Bukit Jambul, Ahad lalu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Ibu bapa kanak-kanak yang parah jatuh eskalator boleh diambil tindakan kerana cuai

Ibu bapa kanak-kanak yang parah jatuh eskalator boleh diambil tindakan kerana cuai

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, buat masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menunggu laporan daripada pihak polis.

Menurutnya, kaunseling sudah pun diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit manakala, pihak Kementerian akan berbincang dengan pengarah bahagian kanak-kanak untuk mengambil tindakan serius.

“Tujuan ini bukanlah untuk menghukum ibu bapa sangat tetapi mahu memberi kesedaran malah, sebelum ini sudah ada tindakan dibuat terhadap mereka yang meninggalkan anak dalam kereta.

“Sebenarnya, pelbagai peringatan sudah diberikan kepada ibu bapa termasuk hebahan media namun, masih lagi berlaku kejadian seperti ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengikut akta berkenaan, jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukum penjara 10 tahun dan denda RM20,000.

Sementara itu, polis sudah mengambil keterangan daripada ibu, bapa serta doktor yang merawat kanak-kanak perempuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu dan akan melakukan siatan lanjut sekiranya wujud unsur kecuaian.

Menurutnya, kertas siasatan kes terbabit akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Keputusan untuk mendakwa atau tidak adalah dibawah bidang kuasa Peguam Negara dan kita menjalankan siasatan mengikut prosedur.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Dalam kejadian 6.30 petang Ahad lalu, mangsa Nur Aqilah Amani Zuraimi, 3, yang didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terjatuh.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang turut menjadi viral dalam media sosial, sebelum kejadian mangsa berbaju merah dilihat duduk di belakang tengkuk bapanya dengan kedua-dua kaki terjuntai di depan bahu kiri dan kanan lelaki itu.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ibu bapa kanak-kanak yang parah jatuh eskalator boleh diambil tindakan kerana cuai"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect