Suka Beri Diskaun? Bisnes Anda Mungkin Dalam Bahaya!

Adakah anda suka memberi diskaun kepada pelanggan anda? Tetapi harus diingat sebagai peniaga kita perlu tawan pengguna dengan memberikan produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah bagi memenangi hati pelanggan.

Mengikut kajian Ogivly & Mather terhadap 200 syarikat mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.

Ramai pengguna kini ialah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat pembelian. Mendapat potongan harga sehingga 90% adalah durian runtuh bagi pelanggan untuk mendapatkan barang yang telah lama diidamkan.

Tetapi ingat, jangan kerana ingin memenangi hati pelanggan, harga yang diberikan membuatkan anda merana!

#1-Pelanggan Ketagih Minta Diskaun

 

 Kuasa beli di tangan pelangan tetapi yang menentukan pelangan membeli adalah kita. Selalu memberi potongan harga akan menyebabkan pelanggan menjadi lemau dengan harga yang sedia ada.

Pelanggan hanya ingin menikmati produk pada waktu diskaun sahaja. Apa akan terjadi apabila musim diskaun tamat?

Sebagai seorang peniaga anda mesti bijak dalam memasarkan sesuatu produk supaya apabila tiada potongan harga diberikan pelanggan masih setia membeli barang jualan anda.

Strategi pemasaran yang betul akan menentukan pencapaian jualan produk anda supaya ianya sentiasa naik bukan merundum ke bawah.

Potongan harga boleh dibuat contohnya berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar atau diskaun borong yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.

Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.

Diskaun ikut musim adalah mekanisme yang bagus adalah dengan memberikan sebab mengikut musim contohnya sempena sambutan kemerdekaan, Hari Raya Aidilfitri atau pembukaan kedai yang baru.

#2- Keuntungan Jualan Merudum

 

Ketika seseorang peniaga itu mencari jalan untuk menggerakkan angka jualan, salah satu pendekatan yang paling umum adalah menawarkan potongan harga tetapi perlu diingat peniaga perlu bersedia untuk menanggung risiko yang bakal dihadapi.

Contohnya, keuntungan yang kita harus dapat ialah RM100 tetapi menjadi RM60 kerana tawaran tak masuk akal diskaun 40%.

Banyak yang terjual tetapi semuanya dijual dengan harga murah. Adakah ianya mendatangkan pulangan modal?

Kajian menunjukkan, pelanggan yang membeli pada harga diskaun akan berfikir berapakah harga kos produk yang sebenar dan mengapa ianya dijual pada harga murah.

#3- Pelanggan Akan Ada Sikap Menunggu

Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa dan pelangan akan menunggu untuk potongan harga.
Contohnya, pelanggan akan menunggu kupon untuk dapatkan produk yang disukainya. Tiap-tiap bulan pelanggan akan setia mengunjungi kedai tersebut untuk melihat barang yang disukainya dan yang paling penting bagi pelangan adalah adakah barang yang disukainya mendapat potongan harga, jika tidak pelanggan akan setia menunggu.

Peniaga patut ubah cara mereka berniaga dan patut sedar akan sikap manjakan pelanggan dengan selalu disogok potongan harga akan beri kesan buruk pada bisnes.

#4- Pelanggan Memilih Untuk Membeli Harga Yang Sama Dengan Orang Lain.

Semua pelanggan ingin menikmati produk dan harga yang sama dengan orang lain. Contohnya, jika rakannya mendapat potongan harga sehingga harga RM20, dia juga  mesti boleh dapat harga sama.

Jika peniaga berhadapan dengan situasi begini, mereka harus bijak menangani, Penyelesaiannya, jika pelanggan minta diskaun, jangan bagi diskaun tetapi offer hadiah sebagai alternatif.

Jangan rasa rugi untuk lepaskan pembeli yang ‘memeras ugut’ hak kita sebagai peniaga.



Sumber Suka Beri Diskaun? Bisnes Anda Mungkin Dalam Bahaya!

Related Posts :

0 Response to "Suka Beri Diskaun? Bisnes Anda Mungkin Dalam Bahaya!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect