Jual nombor plat V, JPJ dapat RM22 juta

Memperkenalkan nombor pendaftaran ‘unik’ seperti nombor baharu bagi Kuala Lumpur yang bermula dengan huruf ‘V’ telah meningkatkan pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Nombor plat V, JPJ dapat RM22j

Nombor plat V, JPJ dapat RM22j

Nilai hasil pungutan bidaan yang berjumlah RM22 juta itu, merupakan yang tertinggi dalam sejarah bidaan nombor plat pendaftaran negara sehingga kini, yang mana peningkatan berkenaan sekali ganda berbanding sebelum ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, jumlah bidaan bagi sesebuah nombor pendaftaran sebelum ini hanyalah sekitar RM10 juta sahaja, malah ada yang tidak pernah mencapai jumlah berkenaan.

Katanya, kutipan pungutan hasil bidaan plat nombor pendaftaran kenderaan baharu bagi Putrajaya dengan huruf ‘F’ pula menduduki tempat kedua pungutan tertinggi dengan nilai RM17 juta.

“Pihak kementerian terkejut dengan keadaan berkenaan dan tidak menyangka minat serta keterujaan yang ditunjukkan ini terhadap nombor plat baharu bagi Kuala Lumpur juga Putrajaya yang bermula Jun lalu.

“Perkara ini boleh dianggap fenomena luar biasa apabila seramai 15,000 individu perseorangan serta syarikat membida nombor pendaftaran ‘V’ berbanding hanya 10,000 nombor plat yang ditawarkan dan ia adalah jumlah pembida tertinggi yang pernah direkodkan bagi mana-mana nombor plat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Kembara Merdeka Parlimen Sri Gading, dekat sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Adun Parit Raja, Puan Sri Azizah Zakaria.

Tambahnya lagi, jumlah bidaan juga meningkat berkali ganda dengan nilai bidaan tertinggi untuk nombor plat ‘V1’ menjadi bidaan tertinggi direkodkan dalam sejarah negara iaitu bernilai RM989,780.

Ab Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, JPJ juga akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran kenderaan baharu yang lebih unik dan menarik selepas ini melihat kepada keterujaan serta sambutan hebat masyarakat negara ini.

“Jumlah hasil kutipan bidaan bagi dua nombor plat pendaftaran baharu berkenaan juga menjadi hasil pendapatan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga kini, dan pihak kementerian serta JPJ akan mencari lagi nombor unik seperti ini.

“Sebelum ini, nilai bidaan bagi satu-satu nombor pendaftaran hanya mencecah RM10 juta, namun ia menurun sehingga RM6 juta sejak plat nombor pendaftaran bermula ‘W’ menjadi panjang,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jual nombor plat V, JPJ dapat RM22 juta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect