Sebelum ini kecoh apabila isteri Along Raja Lawak, Zila telah mendakwa dia dihalau keluar dari rumah dan pada masa yang sama tidak membenarkan isterinya berjumpa dengan anaknya.
Setelah lama mendiamkan diri, Along tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Menurut Along, segala dakwaan tersebut adalah tidak benar.
“Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.
“Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak?” jelas Along.
Pada masa sama, Along mendedahkan bahawa Zila setiap hari memintanya menceraikan dirinya menerusi perbualan telefon bimbit dan tidak pernah sekalipun dia menghalang isterinya berjumpa dengan anak.
“Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?” tegasnya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Akhirnya Along Raja Lawak Tampil DEDAH Perangai Sebenar Isterinya MENGEJUTKAN!"
Post a Comment