Enam wanita di Thailand lahirkan anak normal walaupun dijangkiti virus Zika

Daripada 30 ibu yang dijangkiti virus Zika di Thailand, enam daripada mereka melahirkan bayi tanpa sebarang kecacatan, kata Kementerian Kesihatan Awam.

Enam belas daripada 76 wilayah di negara itu dijangkiti virus tersebut sejak Januari tetapi tiada kecacatan sewaktu kelahiran atau kematian, lapor Reuters semalam. 

Enam wanita di Thailand lahirkan anak normal walaupun dijangkiti virus Zika

Enam wanita di Thailand lahirkan anak normal walaupun dijangkiti virus Zika

Thailand juga mengesahkan 21 kes baru jangkitan Zika berlaku di tengah bandar Bangkok, termasuk seorang wanita hamil yang melahirkan anak tanpa komplikasi.

Penduduk di sini dinasihatkan agar tidak gempar selepas Sathorn, lokasi tumpuan pegawai warga asing dan daerah perniagaan, diserang penyakit bawaan nyamuk tersebut.

“Daripada 21 kes yang disahkan di Sathorn, terdapat seorang wanita hamil yang pulih dan melahirkan anaknya dengan sihat,” kata jurucakap kementerian Suwannachai Wattanayingcharoenchai kepada agensi berita itu.

“Ibu dan bayi itu kini selamat,” tambahnya, sambil menyatakan suami wanita itu baru sahaja pulang dari Singapura, yang dilaporkan merekodkan lebih 300 kes sejak hujung Ogos.

Thailand mencatat kes Zika pertama pada 2012 dan pihak berkuasa Bangkok kerap menjalankan ujian untuk mengesan virus itu, yang boleh menyebabkan kecacatan otak bayi.

Reuters hari ini melaporkan Thailand cuba memperkecilkan risiko kesihatan itu kerana bimbang ia boleh menjejaskan kedatangan pelancong.

Negara itu tidak mengemaskini maklumat terbaru jangkitan Zika sejak hujung bulan lalu, selepas Singapura merekodkan peningkatan jumlah jangkitan.

Namun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDPC) memberi amaran Zika makin menular di Thailand.

Kementerian kesihatan Thailand menggesa rakyatnya agar tidak kaget kerana virus itu tidak menyebabkan kematian atau berjangkit — walau virus itu boleh disebarkan melalui seks.

“Maklumat mengenai Zika agak sensitif kerana jika kami namakan wilayah yang mengalami jangkitan, nanti perhatian akan diberikan kepada wilayah tersebut, dan jika wilayah itu popular dengan pelancong, ia akan menjejaskan pelancongan,” kata pakar wabak kementerian Anuttarasakdi Ratchatatat. “Kami tidak mahu orang ramai gempar.”

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Enam wanita di Thailand lahirkan anak normal walaupun dijangkiti virus Zika"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect