MEMBESAR sebagai pelajar sekolah di Malaysia, pasti kita semua akan melalui perkara ini dan jika ditanya, subjek kegemaran, pastinya salah satu daripadanya adalah subjek Pendidikan Seni.
Perkara anda rindui tentang Pendidikan Seni
Perkara anda rindui tentang Pendidikan Seni
Pendidikan Seni adalah satu satunya kelas yang memberikan kebebasan menzahirkan kreativiti tanpa halangan serta peluang untuk bermain dengan krayon, kertas berwarna, warna air.
Mari kita imbas kembali antara aktiviti yang pasti kita lakukan dalam subjek Pendidikan Seni.
Lukisan corak menggunakan penyedut minuman
Mudah iaitu dengan menitiskan beberapa titisan warna air di atas kertas lukisan, dan meniupnya menggunakan penyedut minuman dan ulanginya dengan pelbagai warna lain.
Cop ubi kentang
Caranya mudah, potong ubi kentang mengikut pelbagai bentuk dan rendamkannya di dalam warna air dan kemudian cop di atas kertas, maka terbentuklah corak. Bukan sahaja ubi kentang, sebaliknya antara bahan lain yang sering digunakan ialah batang pisang, batang betik dan pelbagai jenis daun.
Tekap duit syiling
Caranya sangat mudah iaitu hanya letakkan duit syiling di bawah kertas sebelum mewarnakannya dengan pencil atau pencil warna, ulanginya dengan saiz syiling berlainan.
Tampal kertas warna
Ini pasti perkara yang sering dilakukan. Gunting kecil kertas berwarna dan kemudian lekatnya di dalam bentuk yang dilukis di atas kertas sebelum itu.
Lukis bendera Malaysia
Tibanya hari merdeka, pasti kita akan dikehendaki melukis bendera Malaysia, mudah untuk lakukan garisan merah putih namun, pasti sukar jika mahu melukis bintang dan bulan.
Buah-buahan tempatan
Antara subjek yang menjadi kegemaran guru pendidikan seni adalah “buah-buahan tempatan dan yang pasti kita akan melukis sekali dengan bakulnya. Antara subjek lain yang sering dipilih guru adalah rumah idamanku serta gambar pemandangan.
Lukis topeng muka
Lukis mengikut karakter yang dikehendaki dan kemudian gunting mengikut bentuk dan mewarnakannya.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "7 Perkara pasti anda rindui tentang Pendidikan Seni"
Post a Comment