Elak wang masjid dicuri, polis saran kosongkan tabung setiap hari

Polis menasihatkan jawatankuasa masjid dan surau di sini supaya mengosongkan tabung masjid yang terdapat di rumah ibadat berkenaan setiap hari bagi mengelak kejadian kecurian atau pecah tabung.

Polis: Kosongkan tabung setiap hari, elak wang masjid dicuri

Polis: Kosongkan tabung setiap hari, elak wang masjid dicuri

Polis: Kosongkan tabung setiap hari, elak wang masjid dicuri

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Azmi Adam berkata kes kecurian dan kehilangan wang itu perlu dibendung dengan tidak memberi ruang serta peluang kepada penjenayah untuk mendapatkan hasil daripada perbuatan mereka.

“Saya telah mengadakan lawatan di beberapa buah masjid di daerah ini dan saya menasihatkan jawatankuasa masjid supaya mengambil perhatian kes-kes membabitkan curi tabung dengan mengosongkannya setiap hari.

Jika tabung-tabung dalam masjid dikosongkan setiap hari, ia dapat mengurang kes sedemikian malah kehilangan wang dalam tabung dapat dibendung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kejadian kehilangan wang dalam tabung di sebuah masjid di Tasek Gelugor yang dilakukan oleh seorang wanita dalam insiden Isnin lepas.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pihak masjid berkenaan yang membabitkan kerugian kira-kira RM500 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya perbuatan wanita itu berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan oleh seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dan kami sedang mengesan wanita tersebut,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. ― Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Elak wang masjid dicuri, polis saran kosongkan tabung setiap hari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect