Suasana sedih menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.
5,000 hadir solat jenazah ghaib untuk Haron Din
5,000 hadir solat jenazah ghaib untuk Haron Din
Solat jenazah ghaib yang bermula pada 9.25 pagi itu kemudiannya disertai semua hadirin dan diimamkan oleh cucu Haron, Hakeem Hamdi,17.
Yang turut hadir solat jenazah ghaib itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung di Hospital Universiti Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.
Allahyarham yang ditemani beberapa ahli keluarganya bertolak ke San Francisco pada 10 September lalu sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah Salleh, 70, serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "5,000 hadir solat jenazah ghaib untuk Haron Din"
Post a Comment