PAS Kelantan hari ini buat laporan polis berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
PAS Kelantan buat laporan polis
PAS Kelantan buat laporan polis
Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari.di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, hari ini.
Menurutnya, dakwaan disiarkan itu berniat jahat, malah Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah mengeluarkan kenyataan menafikan hal itu.
“Tidak wujud pun tawaran wang sebanyak itu dan tiada pemimpin parti yang menerimanya.
“Kami berharap satu siasatan secara terperinci dibuat untuk menyiasat dakwaan ini dan mengenal pasti dalangnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.
Ahmad Fadhli juga berkata, fitnah yang dilemparkan juga tidak baik untuk suasana politik negara, malah ia terbit hasil daripada syak wasangka.
Seramai 10 pimpinan Pemuda PAS Kelantan turut mengiringinya ketika membuat laporan itu.
Sumber: Harian Metro
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan sebab utama kontrak ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang tidak… Read More...
10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula
MELAKA: Perkhidmatan Monorel Melaka di Jalan Tun Ali di sini, berjaya menarik hampir 10,000 pelancong tempatan dan asing sejak dibuka semul… Read More...
PSM Perlu teliti jadual Liga-M, sebelum benar Selangor beraksi di Bukit Jalil
KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh Liga Malaysia (Liga-M) 2018 sebelum membenarkan pasukan… Read More...
Filem biografi LCW: 'Tengok treler pun dah mengalir air mata' - Netizen
KUALA LUMPUR : Siapa yang tidak kenal dengan juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya mengharumkan nama negara ke per… Read More...
Baddrol, Kedah ungguli Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017KUALA LUMPUR: Ayam tambatan skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar dinobatkan Pemain Paling Bernilai bagi musim 2017 dalam Anugerah Bola Sepak K… Read More...
0 Response to "Sarawak Report dedah PAS terima RM90 juta dari Najib, Pemuda PAS Kelantan buat laporan polis"
Post a Comment