KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh Liga Malaysia (Liga-M) 2018 sebelum membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan.
PSM dalam satu kenyataan memaklumkan walaupun memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakan venue berkenaan, mereka perlu mendapatkan jadual penuh Liga-M 2018 terlebih dahulu bagi memastikan penggunaannya tidak bertindih dengan penganjur lain yang membuat tempahan awal dengan perbadanan itu.
Baru-baru ini, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan PSM memberi lampu hijau kepada skuad Gergasi Merah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan, namun masih menunggu kelulusan rasmi daripada pentadbir Liga Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).
Musim ini, Selangor menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada saingan Liga-M kerana kerajaan Selangor dikatakan tidak membenarkan skuad Gergasi Merah menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan berkenaan.
-- BERNAMA
Sumber
PSM Perlu teliti jadual Liga-M, sebelum benar Selangor beraksi di Bukit Jalil
Related Posts :
“Kami pernah tidur sesama, bukan dengan I je..” Reaksi isteri ini lepas terima mesej dari ex-gf suaminya memang win!“Kami pernah tidur sesama, bukan dengan I je..” Reaksi isteri ini lepas terima mesej dari ex-gf suaminya memang win! | Rasanya, mana-mana wa… Read More...
Pengasas Alibaba, Jack Ma setuju jadi penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan MalaysiaPengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma setuju menjadi penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri Datuk S… Read More...
Demonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor – Sultan JohorDemonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor – Sultan Johor |Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sebar… Read More...
Cara menjadikan anak perempuan suka tutup aurat, ibu bapa kena bacaCara menjadikan anak perempuan suka tutup aurat, ibu bapa kena baca | Ibu bapa yang mana tidak mahukan yang terbaik buat anak mereka, kalau … Read More...
Bertitah demonstrasi jalanan budaya sesat, ini surat terbuka Syed Saddiq buat Sultan JohorBertitah demonstrasi jalanan budaya sesat, ini surat terbuka Syed Saddiq buat Sultan Johor | Ampun Tuanku.
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tu… Read More...
0 Response to "PSM Perlu teliti jadual Liga-M, sebelum benar Selangor beraksi di Bukit Jalil"
Post a Comment