Kira-kira 100 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di sini yang menghadiri perhimpunan pagi ini, gempar selepas mereka mendakwa melihat kepulan awan yang berbentuk kalimah Allah.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Norazli Abdullah mendakwa, kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari seorang murid yang memaklumkannya kepada rakan-rakan lain.
Murid SK Kampung Tenang gempar waktu perhimpunan pagi terlihat kalimah Allah di langit
“Ketika kejadian, langit cerah dan terdapat hanya awan yang membentuk seperti kalimah Allah dan kewujudannya dapat dilihat oleh semua orang yang menghadiri perhimpunan tersebut.
“Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira lima minit sebelum awan berkenaan hilang begitu sahaja. Kami amat teruja melihat kekuasaan Allah ini yang pertama kali berlaku dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Norazli berkata, beliau menyedari kejadian tersebut apabila mendapati murid-murid tidak memberi perhatian kepada ucapan guru besar dan mendongak ke langit sambil berbisik sesama sendiri.
Beliau yang turut menyaksikan perkara itu sempat merakamkan gambar kalimah berkenaan dan berharap kejadian tersebut memberi petanda baik kepada sekolah, kampung dan negara ini.
Sementara itu, pelajar Mohamad Irfan Shah Suhaimi, 9, yang merupakan orang pertama menyedari kejadian tersebut pada mulanya mengakui tidak pasti mengenai bentuk awan berkenaan, namun selepas mengamatinya dan memaklumkan kepada rakan-rakannya, mereka mendapati bentuk awan tersebut seperti kalimah Allah.
“Saya rasa amat bertuah kerana dapat lihat keajaiban dan kebesaran yang ditunjukkan Allah,” katanya.
Sumber : Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Murid SK Kampung Tenang gempar waktu perhimpunan pagi terlihat kalimah Allah di langit"
Post a Comment