Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri mengeluarkan perintah reman tersebut terhadap suspek yang berusia 46 tahun itu bermula hari ini sehingga 22 Ogos depan.

Rasuah: Pegawai kanan TNB direman

Rasuah: Pegawai kanan TNB direman

Terdahulu, suspek yang memakai baju kemeja biru dan seluar hitam tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membeku akaun simpanan berjumlah lebih RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripada mereka berpangkat Datuk dan Datuk Seri selepas ditahan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, rasuah serta pengubahan wang haram di tiga negeri.

Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Sumber: UTUSAN ONLINE