Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai, Mohd Nazri Mohd Yajid meninggal dunia lepas alami bengkak kaki serius selama 2 bulan

Selepas mengalami bengkak kaki serius hampir dua bulan, Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai di sini meninggal dunia awal pagi semalam.

Mohd Nazri Mohd Yajid, 39, yang tinggal di Kampung Pak Koja, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam selepas dua minggu berada di hospital di Kota Bharu.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai, Mohd Nazri Mohd Yajid meninggal dunia lepas alami bengkak kaki serius selama 2 bulan

Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai, Mohd Nazri Mohd Yajid meninggal dunia lepas alami bengkak kaki serius selama 2 bulan

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mahligai, Zakaria Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Poksu Ya berkata, Allahyarham adalah seorang petugas kesihatan terlantar di rumahnya hampir dua bulan apabila kakinya membengkak dipercayai akibat jangkitan kuman.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital dua minggu. Saya ada melawatnya di hospital berapa hari lalu. Sebelum itu kaki kiri Allahyarham sudah bengkak selepas Aidilfitri lalu.

“Mulanya dia masih lagi pergi kerja, tapi bila bengkak  semakin besar dan menyakitkan dia ambil cuti sakit kerana menyukarkan dia nak pakai seluar,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia lima tahun, 13 tahun dan 15 tahun.

Dua minggu lalu Penyelaras Dun Jelawat, Mohd Radzuan Hamat  meluangkan masa menziarahi beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Allahyarham.

Mohd Radzuan berkata, ketika itu Mohd Nazri masih kelihatan sihat dan  berbual seperti biasa.

“Tak sangka lepas kamilawat dia, dia dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia semalam. Takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai, Mohd Nazri Mohd Yajid meninggal dunia lepas alami bengkak kaki serius selama 2 bulan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect