Guru agama dipenjara 2 tahun kerana kelakuan lucah melampau

Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pelajarnya pada tahun 2014.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Guru agama dipenjara 2 tahun kerana kelakuan lucah melampau

Guru agama dipenjara 2 tahun kerana kelakuan lucah melampau

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad dan tertuduh diwakili peguam, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merangsang kanak-kanak sembilan tahun itu untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah di Kampung Teras, Sering, Binjai, di sini, antara jam 11 malam hingga 1 pagi, 30 Oktober 2014.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan sebat.

Takiyuddin kemudian memohon mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga rayuan tertuduh didengar di Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusoff membenarkan hukuman itu ditangguh dan tertuduh dikenakan jaminan sehingga RM12,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Guru agama dipenjara 2 tahun kerana kelakuan lucah melampau"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect