BINTANG Hollywood, Jessica Alba dikurniakan bayi lelaki pada malam tahun baharu.
Ini merupakan anak ketiga Alba bersama suami, Cash Warren.
Alba memuat naik gambar bayinya menerusi laman instagram dan mengumumkan nama bayi Hayez Alba Warren menerusi kapsyenya.
Kata Alba, Hayez adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya.
Selain itu, bintang filem Fantastic Four ini turut memberi mesej kepada bayinya hingga menyentuh hati ramai netizen.
“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu. Kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.
“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya.
Pasangan Alba dan Warren berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles dan sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun.
Sumber
Timang bayi lelaki, hadiah tahun baharu istimewa buat Jessica Alba
Related Posts :
Atas titah TMJ selaku presiden FAM, skuad kebangsaan guna kembali nama Harimau MalayaSkuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran Harimau Malaya, bagi menggantikan nama Harimau Malaysia yang diguna pakai sekar… Read More...
Muka budak melecur teruk terkena kuah panas, keluarga tuntut pampasan RM250KSeorang kanak-kanak perempuan melecur teruk di bahagian muka selepas terlanggar pelayan restoran yang sedang membawa hidangan panas, lapor M… Read More...
Ngerinya! Macam mana tangan boleh masuk ke situ dik?KRATIE, KEMBOJA – Gambar tangan seorang kanak-kanak perempuan terperosok di celah tayar sebuah motosikal, viral di media sosial.
Ng… Read More...
Wanita kerdil dakwa dirinya Puteri Sultan Pahang hadapi 8 pertuduhan penggubalan wang haram hampir RM3 jutaSeorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya “puteri Sultan Pahang” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, Isnin atas lap… Read More...
Kes isteri dera suami makin meningkat dan membimbangkan di Malaysia, apa kata suami-suami sekalian?STATISTIK kerajaan pada tahun 2014 hingga 2016, mencatatkan sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga di negara ini dengan 26 peratus memba… Read More...
0 Response to "Timang bayi lelaki, hadiah tahun baharu istimewa buat Jessica Alba"
Post a Comment