Dalam hitungan kehidupan seorang seri pentas bernama Adira Suhaimi, mungkin menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu memutar cerita yang tersendiri.
Suami, anak kongsi tarikh lahir
Sayat hati penyanyi berusia 25 tahun itu tatkala ramai menuding kesalahan ke atas dirinya. Hakikatnya cuma diri sendiri yang merasai manisan atau hempedu hidup bermadu.
Suka atau tidak, kita harus akur dengan satu kenyataan bahawa jodoh setiap daripada kita sudah ditentukan Tuhan.
Masuk usia tujuh bulan berkahwin, sebuah video yang memaparkan Adnan merangkul pinggang dan memegang tangan Ruhainies tersebar di laman sosial.
Banyak yang bersuara, malah kontroversi itu turut menjadi penarik orang ramai mengucap perkataan karma atau kifarah ke atas dirinya. Namun, bagi Adira, dia positif.
Penyanyi lagu Kekasih Teragung Dunia itu juga enggan mengingati peristiwa yang berlaku pertengahan bulan Julai itu dan menganggap kontroversi yang terjadi mempunyai pengajaran tersendiri.
“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.
“Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja,” ujarnya ketika menjayakan sesi fotografi portfolio Sensasi Bintang minggu ini.
Jaga perasaan sendiri
Enggan ambil peduli dengan apa yang terjadi dan juga perkara-perkara yang mungkin terjadi di kemudian hari, bagi Adira, apa yang lebih utama ketika ini dia mahu kehidupannya bergerak dengan cinta si anak yang berada dalam rahimnya.
Malah, penyanyi berasal dari Ranau, Sabah itu juga tiada masalah jika suaminya ingin berkahwin tiga seperti yang pernah dinyatakan Adnan sebelum ini.
“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,” jelasnya penuh erti.
Kontroversi yang terjadi membuka mata Adira untuk menyerahkan sepenuh perhatian terhadap diri dan juga anak yang bakal dilahirkan pada bulan Mac 2017.
“Lagi elok saya jaga diri sendiri daripada memikirkan orang akan menjaga kita dan memberi sepenuh perhatian kepada kita.
“Perempuan zaman sekarang kena ada perancangan masa depan. Kena ada simpanan sendiri kalau-kalau terjadinya sesuatu di kemudian hari. Kita tidak boleh mengharapkan orang walaupun dengan suami sendiri. Kita juga kena bekerja sendiri. Orang lain mungkin tak ikhlas menjaga kita seperti mana diri kita sendiri,” jelasnya yang mengaku akan terus menyanyi biarpun sudah mempunyai anak.
Menolak perasaan sebegitu timbul selepas kontroversi melanda, Adira menyifatkan jika tidak berlaku situasi macam itu pun sebagai perempuan kita kena ada kerja dan simpanan sendiri.
Pada masa sama, Adira juga lega kerana Adnan tidak pernah melarangnya untuk terus aktif selepas mendapat anak kelak.
Biarpun melalui fasa hamil yang teruk dan muntah setiap kali menjamah makanan, Adira cukup senang melalui detik bergelar ibu awal tahun depan.
Mengidam kari
“Saya susut tiga kilogram daripada 43 menjadi 40 kilogram dalam masa seminggu hamil. Mana tidaknya, setiap kali makan saya akan muntah semula,” kongsinya yang kini sudah memasuki fasa sepuluh minggu hamil.
Mengakui mengidam banyak perkara sejak berbadan dua, Adira juga gemar menikmati kari mamak ketika hamil, selain suka melihat orang yang mempunyai darah campuran.
“Selama ini saya tak suka kari tetapi sejak mengandung saya hantu kari. Setiap hari mesti rasa nak makan kari. Kalau tak dapat makan, lalu kedai mamak pun saya dah okey.
“Selain itu, sejak mengandung saya suka tengok muka orang yang mempunyai darah campuran dan juga melihat pelakon Hindustan menari,” lantunnya sambil ketawa.
Tanpa berselindung, Adira memberitahu, dia juga kurang gemar bau suaminya dan berasakan ia kemungkinan daripada pembawaan budak.
Malah, anaknya itu juga dijangka dilahirkan sama tarikh dengan kelahiran suaminya iaitu 22 Mac.
Pada masa sama, Adira tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan asalkan ia dalam keadaan baik dan cukup sifat.
“Doktor cakap kemungkinan anak saya akan lahir pada 22 Mac. Kebetulan pula sama tarikh dengan hari lahir bapa dia. Kalau tidak sama mungkin hampir pada tarikh tersebut,” jelasnya lagi.
Sumber: Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Adira tak kisah suaminya Dato Red kahwin 4 asalkan boleh jaga isteri-isteri dengan baik dan berlaku adil"
Post a Comment