Anak: 12 tahun disemadi, jenazah ibu masih elok

Jenazah ibu Amina Mohamad dipindah 500 meter dari tapak asal di perkuburan Bukit Alif, Johor Baru, 13 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Amina JasmineJenazah ibu Amina Mohamad dipindah 500 meter dari tapak asal di perkuburan Bukit Alif, Johor Baru, 13 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Amina JasmineKUALA LUMPUR, 17 Nov ― Seorang wanita tidak menyangka dapat melihat semula jenazah ibunya yang masih elok selepas 12 tahun disemadikan.

Amina Mohamad, 36, menyifatkan kejadian itu suatu rahmat kerana beliau tidak pernah terfikir “bertemu” semula arwah ibunya.

“Dua belas tahun mak pergi mengadap Ilahi. Jenazah mak elok, masih dalam keadaan kiam [tangan ke dada],” coretnya di Facebook beberapa hari lalu. 

“Kain kafan mak tidak koyak, bantal dan tali masih ada.. Susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan tadi. 

“Cukup sifat dan tidak berbau. Allahu akbar, maha suci Allah.” 

Menurut mStar Online, jenazah ibu Amina dipindah kira-kira 500 meter dari tapak asalnya di Bukit Alif, Johor Baru kerana tanah itu akan dimajukan.

Amina, seorang kakitangan awam, mulanya sedih kerana kubur ibunya “dikacau” apabila dimaklumkan semua jenazah di tanah perkuburan itu terpaksa dialih.

Semua kubur di tapak itu dipindah Ahad lalu apabila pemilik asal ingin membangunkannya walau kawasan lapangan itu sebelumnya dijadikan perkuburan.

Jenazah ibu Aminah, yang meninggal susulan demam panas selepas pulang berkelah, disemadi bersebelahan bapanya Isnin lalu.

Coretannya bersama beberapa foto jenazah dan kubur ibunya menarik perhatian ramai sejak dimuatkan di Facebook pada 13 November lalu.

Lebih 35,000 pengguna media sosial itu memberikan reaksi. Ia dikongsikan hampir 16,500 kali. 



Sumber Anak: 12 tahun disemadi, jenazah ibu masih elok

Related Posts :

0 Response to "Anak: 12 tahun disemadi, jenazah ibu masih elok"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect