Walau teman lelaki cukup memahami sewaktu dibadai kontroversi video lucah, Nur Atikah Mohd Suhaime tidak terfikir untuk segera sebumbung dengannya.
Pelakon Volkswagen Kuning berkata kekasihnya, pembantu juruterbang, tidak terkesan dengan isu video bersama lelaki lain, namun menempuh alam rumah tangga belum menjadi keutamaan.
“Tunggu saya capai matlamat dalam industri. Saya tidak minta anugerah tetapi sampai saya tidak payah kerja mana-mana untuk memperkenalkan diri saya.
“Bila pergi mana-mana orang tahu, itu matlamat saya sampai orang kenal. Pasaran saya kecil sekarang seperti kanak-kanak.
“Jadi saya hendak sampai kepada semua khalayak,” kata Atikah, 25, yang berasal dari Singapura, selepas satu program seni di sini kelmarin.
Pelakon filem Longkai sebelum ini mendedahkan teman lelakinya rimas melihat dia tertekan dan sedih dibelenggu kontroversi video seks tahun lalu.
Untuk meredakan tekanan, tambahnya, kekasihnya itu yang dikenali sebagai AF sanggup menajanya bersama seorang rakan serumah bercuti ke Korea Selatan.
Atikah dikaitkan dengan babak seks dengan dua pelakon baru lelaki yang dikatakan tersebar sebentar di Internet. Namun ketiga-tiga mereka menafikan fitnah itu Oktober lalu.
Disebabkan itu juga, Atikah digam stesen televisyen selama enam bulan sehingga awal tahun ini. Terbaru, antaranya, beliau muncul dalam drama Terlarang Sudah Rinduku.
Menyedari kesibukan tugas AF, cerita Atikah lagi, aplikasi Skype sering kali menjadi saluran pengubat rindu di kala kekasihnya berada di perantauan.
AF juga menggalakkan beliau terus bergiat dalam dunia seni walau selepas berumah tangga.
“Seminggu sekali kami akan Skype. Kalau kami ada masa lapang, baru pergi menonton wayang.
“Saya lagi sibuk daripada dia tetapi setiap hari kami berhubung menerusi WhatsApp.
“Dia cakap hendak tengok saya lebih di TV lepas kahwin,” katanya, dengan ukiran senyum.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kekasih Tabah Hadapi Isu Seks, Atikah Suhaime Belum Sedia Kahwin"
Post a Comment