Penemuan mengejutkan JPJ! 80 peratus murid sekolah bawa motor ke sekolah tanpa lesen yang sah

Penemuan mengejutkan JPJ! 80 peratus murid sekolah bawa motor ke sekolah tanpa lesen yang sah

Hanya 20 peratus daripada jumlah itu iaitu 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kira-kira 80 peratus atau 93,600 daripada kira-kira 117,000 pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah didapati tidak memiliki lesen motosikal sah.

Timbalan Ketua Pengarahnya (Perancangan dan Operasi), Datuk Yusoff Ayob berkata, hanya 20 peratus daripada jumlah itu iaitu 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

Penemuan mengejutkan JPJ! 80 peratus murid sekolah bawa motor ke sekolah tanpa lesen yang sah

Penemuan mengejutkan JPJ! 80 peratus murid sekolah bawa motor ke sekolah tanpa lesen yang sah

Salah satu faktor pelajar membawa motosikal ke sekolah tanpa lesen yang sah ialah kerana tidak memiliki pengangkutan untuk ke sekolah.

Ini termasuk ibu bapa tidak dapat hantar anak mereka dan tiada pengangkutan bas ke kawasan mereka.

“Justeru, pelajar ini terdedah kepada bahaya termasuk kemalangan jalan raya berikutan kekurangan pengetahuan tentang undang-undang jalan raya,” katanya, lapor Sinar Harian Online.

Statistik itu diperoleh menerusi hasil kajian dijalankan JPJ dan Kementerian Pendidikan.
Tambah Yusoff lagi, kesemua mereka yang tidak berlesan ini bagaimanapun akan diserap menerusi program MyLesen dilaksanakan JPJ untuk proses mendapatkan lesen yang sah.

Program MyLesen hanya mengenakan bayaran RM299 berbanding yuran sebenar berjumlah RM550.

“Menerusi program MyLesen, JPJ menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan semua pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah mempunyai lesen sah,” katanya lagi.

Sumber ; FMT

Related Posts :

0 Response to "Penemuan mengejutkan JPJ! 80 peratus murid sekolah bawa motor ke sekolah tanpa lesen yang sah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect