Amaran ribut petir hingga pagi ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di perairan Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Kudat dan Sandakan) yang dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.

Menurut kenyataan yang dikemaskini di laman web METMalaysia pada jam 5.34 pagi ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

"Amaran juga diberikan bagi aktiviti perkapalan seksyen B berikutan dijangka berlaku ribut petir di perairan Selat Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sulu hingga lewat pagi ini.

"Keadaan angin kencang dengan kelajuan 50kmsj dan laut bergelora menyebabkan berlakunya ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," kata agensi itu.



Sumber Amaran ribut petir hingga pagi ini

Related Posts :

0 Response to "Amaran ribut petir hingga pagi ini"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.