Pelanggan perbankan Maybank dijangka menghadapi kesulitan untuk mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian dan menggunakan perkhidmatan mesin pengeluaran wang pada esok dan Ahad.
Servis Maybank dijangka tergendala Sabtu, Ahad ini
Memetik laporan TheStar Online, masalah tersebut disebabkan oleh latihan penyelenggaraan sistem bank secara tahunan.
“Sebagai contoh, perkhidmatan pengeluaran wang daripada mesin pengeluaran wang tidak dapat dilaksanakan bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi.
“Manakala perkhidmatan perbankan atas talian, Maybank2u.com.my tidak akan dapat diakses daripada 3 pagi hingga 7 pagi,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal terbabit.
Dalam satu notis yang dimuatnaik menerusi laman web rasmi Maybank, pihaknya turut mengingatkan para pelanggan untuk melakukan transaksi lebih awal.
Pihaknya akan cuba mengurangkan tempoh ketiadaan perkhidmatan dan memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan.
Sumber: Sinar Harian
0 Response to "Amaran keluar duit awal-awal! Pengeluaran wang maybank di samada atm atau maybank2u bakal tergendala sabtu ahad ini"
Post a Comment