Pemilihan DAP: Kit Siang, Gobind dapat undian tertinggi

Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan di IDCC Shah Alam, 12 November 2017. -- Foto oleh Miera ZulyanaPemilihan semula CEC DAP yang diadakan di IDCC Shah Alam, 12 November 2017. -- Foto oleh Miera ZulyanaSHAH ALAM, 2 Nov —Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) hari ini dengan 1,199 undi.

Ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo mendapat undian kedua tertinggi dengan 1,193 undian, diikuti ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli parlimen Seremban Anthony Loke dan ahli parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Sejumlah 1,346 kertas undi dibuang oleh perwakilan yang hadir pada kongres parti di sini hari ini.

Ahli CEC lain yang mendapat undian 20 tertinggi termasuklah wakil rakyat Kulai Teo Nie Ching, Chong Chieng Jen (Sarawak), Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara).

Pemilihan CEC kali ini kelihatan tidak banyak berubah berbanding 2013.

Baca seterusnya di Malay Mail Online



Sumber Pemilihan DAP: Kit Siang, Gobind dapat undian tertinggi

Related Posts :

0 Response to "Pemilihan DAP: Kit Siang, Gobind dapat undian tertinggi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect