Pelakon yang mula menempah nama dalam arena seni menerusi drama Tuan Anas Mikail, Zara Zya kini muncul sebagai pengacara program Kilauan Emas Otai.
Aktres cantik ini akui dia banyak membuat ulang kaji daripada rakan-rakan artis yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Ini termasuklah Raja Azura atau Kak Engku yang dianggap sebagai mentornya.
“Bidang pengacaraan ini merupakan pengalaman kali pertama saya. Oleh itu, untuk menjadi pengacara yang baik saya banyak membuat rujukan dengan rakan artis antaranya seperti Fara Fauzana, Jihan Muse dan Kak Engku.
“Saya banyak belajar dengan Kak Engku sebab dia orang pertama yang saya jumpa malah selalu bekerjasama dalam program itu. Kak Engku seorang yang tidak kedekut ilmu dan faham dengan orang baru macam saya. Selain banyak belajar dengan rakan artis saya juga ada bertanya dengan para penonton untuk mengetahui apa yang mereka suka dan tidak suka.
“Alhamdulillah rezeki dan peluang baru ini saya akan cuba buat dengan baik,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Ternyata rujukan yang banyak itu membuahkan hasil aktres ini tampil mengacara dengan baik dan tidak gugup. Namun dia masih belum menerima sebarang tawaran untuk jadi hos selepas program ini.
Terdahulu, Zara hanya hadir ke uji bakat pengacara program ini sekadar suka-suka namun pihak pengurusan telah menghubunginya untuk diberikan peluang menggalas tugas tersebut.
Dalam masa yang sama Zara sedang menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod ‘Duda Terlajak Laris’ arahan Fairuz Loy yang akan di pancarkan menerusi saluran slot Akasia TV3.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Zara Zya Belajar Dengan Kak Engku Jadi Pengacara"
Post a Comment