Aik! Dah kenapa dengan bintang filem Bollywood Aamir Khan ini baik sangat dengan seorang pelakon filem lucah? Ke ada udang di sebalik batu??
Aamir melalui Twitternya telah memaklumkan dia berasa gembira jika dapat bekerjasama dengan bekas bintang filem lucah, Sunny Leone.
Walaupun, Sunny dah bersara dari jadi bintang filem lucah.. Ramai yang masih tak dapat menerima baik pelakon itu dalam industri seni mereka..
Sunny pernah mendedahkan pada media, dia dan Aamir tak mungkin akan bekerjasama dalam mana-mana filem kerana ‘kisah silamnya’ itu.
Disebabkan itulah Aamir memberi tweet begitu pada Sunny.. Jangan fikir bukan-bukan pula pasal Aamir.. Tak ada niat tersembunyi pun Aamir mahu bekerjasama dengan Sunny..
Sebenarnya, tak ramai pelakon yang suka bila diri mereka digandingkan dengan pelakon ‘porno’.. Sedar dengan Tweet Aamir ditujukan padanya..
Sunny meluahkan rasa gembira bila Aamir memaklumkan tak kisah untuk bekerjsama dengannya dalam mana-mana filem.
Namun, Sunny tetap percaya ‘kisah silam’ akan membataskan dirinya untuk terlibat dalam dunia seni seperti artis –artis lain.. Dia tak dapat banyak tawaran sangat untuk berlakon.. Cuma dia hanya akan muncul dalam sebuah filem komedi terbaru berjudul ‘Mastizaade'.
Tak semua peminat yang boleh menerima pelakon dengan kisah silam mereka.. Pasti setiap pengarah tak mahu ambil risiko untuk mengambil artis artis seperti ini.
Nanti tak pasal-pasal filem dorang kena boikot sebab ambil bekas pelakon lucah dalam filem mereka.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |
0 Response to "Aamir Khan Ingin Berlakon Dengan Bintang Filem Lucah?"
Post a Comment