#Viral : Video Seorang Bapa Dakwa Guru Tarik Telinga Anaknya Sampai Berdarah...


$%Seorang lelaki bernama Dato Sri Darussalam telah memuatnaik sebuah video di laman Facebook miliknya menunjukkan anaknya sedang menerima rawatan selepas telinganya berdarah kerana ditarik oleh seorang guru di sekolah.

Menurut lelaki berkenaan, anaknya yang berusia 7 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di, Johor Bahru telah didenda menyebabkan telinganya ditarik di mana telah membuatkan belakang telinga anaknya cedera sampai berdarah.

Selain video, beliau juga bertindak memuatnaik gambar-gambar anak perempuannya itu untuk membuktikan kesahihan ceritanya.

Berikut adalah video yang dimuatnaik olehnya, menunjukkan anak beliau sedang menjerit ketika lukanya sedang dirawat oleh doktor manakala si ibu dilihat merakam proses rawatan berkenaan sambil menenangkan anak mereka.

Mereka dikatakan telah meminta jawapan daripada pihak sekolah malah menyelar tindakan berkenaan kerana iai bukanlah cara yang betul mendidik murid-murid disekolah sehingga mendatangkan kecederaan.

Menurut laporan Akhbar China Press, ibu bapa pelajar tersebut semalam pergi ke sekolah jumpa guru besar. Selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama hampir satu jam, ketika beredar dari sekolah ibu bapa pelajar terbabit beritahu, " masalah kecil, masalah kecil! Jangan mengganggu pembelajaran anak-anak".

Related Posts :

0 Response to "#Viral : Video Seorang Bapa Dakwa Guru Tarik Telinga Anaknya Sampai Berdarah..."

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect