Dituduh hantar 33 foto porno budak kepada ibu mangsa

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan menghantar 33 foto pornografi seorang kanak-kanak perempuan. — Paparan skrin GoogleSeorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan menghantar 33 foto pornografi seorang kanak-kanak perempuan. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 5 April ― Seorang lelaki didakwa di dua Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini atas enam pertuduhan menghantar 33 gambar pornografi seorang kanak-kanak perempuan kepada ibu mangsa.

Zaukefli Ahmad, 56, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan Azrul Darus.

Bagi pertuduhan pertama sehingga keenam, lelaki itu didakwa menghantar 33 gambar pornografi mangsa berusia empat tahun melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu mangsa yang merupakan wanita warga Indonesia berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah.

Tertuduh yang mempunyai dua anak, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di Pandan Perdana, di sini antara 23 Feb dan 9 Mac lepas.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan hendaklah juga disebat tidak kurang tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya M.S Arunjothy dan Norhashimah Hashim tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius yang membabitkan mangsa kanak-kanak namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai didera kenalan ibunya.

Siasatan awal polis mendapati ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang warga Indonesia, menyerahkan anaknya kepada suspek berusia 56 tahun untuk dijaga sementara dia bekerja sebagai pembantu rumah di Kampung Cheras Baru. ― Bernama



Sumber Dituduh hantar 33 foto porno budak kepada ibu mangsa

0 Response to "Dituduh hantar 33 foto porno budak kepada ibu mangsa"

Post a Comment