Perancis henti sementara penggunaan teknologi garisan gol

PARIS: Liga Perancis (LFP) memutuskan untuk 'menggantung serta-merta' penggunaan teknologi garisan gol (GLT) selepas beberapa siri kesilapan dengan sistem itu, kata pengurus besar LFP Didier Quillot, semalam.

Keputusan itu meliputi semua perlawanan di bawah kendalian LFP, terutama Ligue 1 dan Piala Liga Perancis dan hadir berikutan dua kesilapan ketika suku akhir Piala Liga, kelmarin.

"Malangnya malam tadi GLT mengalami dua insiden serius dalam perlawanan Amiens-PSG apabila GLT tidak berfungsi terhadap jam tangan pengadil dan sebaliknya video pembantu pengadil (VAR) yang menghadiahkan gol manakala insiden kedua perlawanan Angers-Montpellier apabila GLT silap menyebabkan jam tangan pengadil bergetar," jelas Quillot.

BILIK kawalan video pembantu pengadil (VAR). - Foto AFP

"Dua kesilapan ini tidak boleh diterima, terutamanya ia berlaku sebaik selepas kami memberikan notis kepada GoalControl," katanya, menambah sistem itu kini 'tidak boleh diharap.'

Bulan lalu LFP memberi amaran kepada GoalControl, syarikat yang membekalkan sistem GLT, kontraknya bersama liga Perancis mungkin akan ditamatkan jika masalah berterusan.

Perancis turut menguji sistem VAR dalam Piala Liga - bermula dari suku akhir - dengan kemungkinan memperkenalkannya dalam Ligue 1 musim depan.

Sistem itu turut mengalami beberapa kesilapan ketika diuji di beberapa negara sekalipun FIFA berharap menggunakan VAR pada Piala Dunia di Russia tahun ini. - AFP



Sumber Perancis henti sementara penggunaan teknologi garisan gol

0 Response to "Perancis henti sementara penggunaan teknologi garisan gol"

Post a Comment