Diana nafi sekat Farid jumpa anak, punca murung

Diana Danielle bersama Farid Kamil semasa majlis pratonton filem ‘J Revolusi’ di Petaling Jaya, 15 Februari 2017. — Foto oleh Choo Choy May Diana Danielle bersama Farid Kamil semasa majlis pratonton filem ‘J Revolusi’ di Petaling Jaya, 15 Februari 2017. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 12 Jan — Pelakon Diana Danielle tidak pernah melarang suaminya Datuk Farid Kamil Zahari bertemu dua anak mereka. 

Sekali gus aktres filem Hanyut menafikan pengarah itu kemurungan setelah dihalang bertemu Mohamad, 5, dan Nur Aurora, 3, lapor Berita Harian.

Dalam satu temubual eksklusif, wanita itu berkata apabila beliau keluar berkerja, kedua-dua zuriatnya itu akan dijaga ibunya.

“Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” kata Diana.

Adik pelakon lelaki itu, Fadzil Zahari, 34, pula mendedahkan abangnya mungkin mengalami masalah mental dan “amat merindui” dua anak.

Menurutnya, Farid meluahkan rasa rindu untuk bertemu dua anak itu dalam pertemuan mereka tiga hari lalu, lapor Kosmo!

Pelakon berusia 37 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan atas beberapa kesalahan, termasuk menampar polis dan menggunakan dadah.

Beliau disiasat bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Dua seksyen Kanun Keseksaaan itu berhubung kesalahan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekuatan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Selain kesalahan menggunakan dadah jenis ganja, Farid juga disiasat bagi tindakan tidak senonoh di balai polis.



Sumber Diana nafi sekat Farid jumpa anak, punca murung

0 Response to "Diana nafi sekat Farid jumpa anak, punca murung"

Post a Comment