“Saya tak berapa tahu” – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku terlepas pandang gagal salur dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada JPS negeri

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui tidak maklum mengenai kegagalan menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri, sejak 2008 hingga Jun tahun lalu.

 

 

"Saya tak berapa tahu" - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku terlepas pandang gagal salur dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada JPS negeri

“Saya tak berapa tahu” – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku terlepas pandang gagal salur dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada JPS negeri

 

 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pihaknya sememangnya tidak maklum mengenai teguran dibuat Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri yang dimuatkan dalam Laporan Audit Pulau Pinang 2016 itu.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti semula Laporan Audit Pulau Pinang 2016 bagi mengenal pasti teguran terbabit, sekaligus merangka penyelesaian bersesuaian.

“Saya tak berapa tahu tentang laporan ini (Laporan Audit Pulau Pinang 2016). Saya kena rujuk dengan JPS tetapi semua projek yang kita luluskan (projek tebatan banjir) berjalan di bawah seliaan JPS.

“JPS ialah agensi di bawah Kerajaan Pusat tetapi kita tetap jalinkan kerjasama. Bagaimanapun, saya kena semak semula sebab tak tau apa perkara sebenar yang timbul,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng; EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Awam negeri, Lim Hock Seng dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Jaseni Maidinsa melawat Empangan Air Itam yang direkod pada paras maksimum ekoran hujan lebat, Khamis lalu.

Semalam, Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM22.09 juta hasil caruman perparitan kepada JPS negeri, sejak 2008 hingga Jun tahun lalu.

Dana bernilai RM22.09 juta yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2016 itu dikatakan hanya merangkumi jumlah caruman perparitan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan tidak termasuk nilai tertunggak di Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Pada masa sama, Guan Eng menafikan kejadian banjir kilat terburuk di beberapa kawasan di bandar raya ini, Jumaat lalu, berpunca akibat limpahan air yang dilepaskan dari Empangan Air Itam, di sini.

“Kejadian ini sebaliknya berlaku akibat kuantiti hujan lebat sejak tengah malam Khamis lalu, dengan kapasiti 270 milimeter (mm), iaitu bacaan luar biasa direkodkan di Pulau Pinang,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Saya tak berapa tahu” – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku terlepas pandang gagal salur dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada JPS negeri

0 Response to "“Saya tak berapa tahu” – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku terlepas pandang gagal salur dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta kepada JPS negeri"

Post a Comment