“Akhirnya kebenaran terbongkar” – Balu warden pusat tahfiz terbakar masih tak percaya tragedi didalangi sekumpulan remaja terlalu muda

KOTA BHARU: “Terlalu sukar untuk saya percaya kejadian itu dipercayai didalangi sekumpulan remaja sehingga 23 nyawa terkorban. Namun sekurang-kurangnya kebenaran terbongkar.”

 

"Akhirnya kebenaran terbongkar" - Balu warden pusat tahfiz terbakar masih tak percaya tragedi didalangi sekumpulan remaja terlalu muda

“Akhirnya kebenaran terbongkar” – Balu warden pusat tahfiz terbakar masih tak percaya tragedi didalangi sekumpulan remaja terlalu muda

 

 

Nor Fatihah Othman, 23, yang kehilangan suami, Mohd Amrul Nizam Sukarno, 25, dalam tragedi kebakaran awal pagi Khamis lalu mengakui terkejut apabila mendengar berita malam tadi.

Katanya, sebagai isteri, beliau lebih rela mendengar tragedi yang meragut 23 nyawa itu disebabkan litar pintas berbanding perbuatan khianat.

“Sehingga kini, saya masih tidak percaya dengan kejadian yang didalangi tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun kerana mereka terlalu muda, tetapi sanggup berbuat sedemikian.

“Namun, berkat doa semua pihak akhirnya kebenaran terbongkar dan saya reda dengan kejadian itu walaupun terlalu sedih berpisah dengan suami yang baru dikahwini setahun lalu,” katanya.

Jenazah Mohd Amrul Nizam, warden di pusat tahfiz itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh jam 2.40 pagi semalam sebaik bertolak dari Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang, kelmarin.

Akhbar hari ini melaporkan, balas dendam menjadi motif utama suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dekat Jalan Datuk Keramat Hujung, Kampung Dato Keramat, pada awal pagi Khamis lalu hingga mengorbankan 23 nyawa.

Perkara itu terbongkar selepas polis menahan tujuh remaja berusia antara 11 tahun dan 18 tahun, kurang 48 jam selepas kejadian malang itu.

Sumber: Bharian



Sumber “Akhirnya kebenaran terbongkar” – Balu warden pusat tahfiz terbakar masih tak percaya tragedi didalangi sekumpulan remaja terlalu muda

0 Response to "“Akhirnya kebenaran terbongkar” – Balu warden pusat tahfiz terbakar masih tak percaya tragedi didalangi sekumpulan remaja terlalu muda"

Post a Comment