Saham Asia meningkat, dolar mengukuh

SYDNEY: Pasaran saham Asia meningkat dalam dagangan awal hari ini dan dolar mengukuh berikutan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mungkin bergelut dengan kunci kira-kiranya.

Ia susulan kesan pembalikan berpanjangan bagi wang dengan nilai yang rendah di seluruh dunia.

Dalam pada itu, terdapat kelegaan bahawa minggu ini mungkin tidak berhadapan dengan provokasi baharu dari Korea Utara mengenai misi nuklear Pyongyang yang akan menjadi topik utama apabila Presiden Donald Trump berjumpa dengan pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok.

Selain itu, rancangan cukai Trump juga dijangka didedahkan minggu ini manakala pilihan raya di Jerman dan New Zealand akan menambah ketidaktentuan politik dunia.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.16 peratus, mencecah paras tertinggi sejak akhir 2007.

Indeks utama Australia naik 0.4 peratus manakala Nikkei Jepun ditutup sempena cuti umum.

Niaga hadapan E-Mini bagi S&P 500 meningkat 0.15 peratus. - Reuters



Sumber Saham Asia meningkat, dolar mengukuh

0 Response to "Saham Asia meningkat, dolar mengukuh"

Post a Comment