Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tiada tangkapan dibuat pihaknya seperti dilaporkan.
"Tiada tangkapan membabitkan lelaki seperti yang tular di media sosial dan berita itu adalah tidak benar.
"Diharap orang ramai berhenti menyebarkannya viral itu. Polis memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan berita palsu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, kecoh tentang satu mesej viral di Facebook dengan memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Dewali Keramat ditahan polis.
Dalam mesej itu, suspek didakwa menjadi pengedar di sekitar Keramat dan mempunyai pelanggan yang terdiri daripada semua peringkat usia.
Individu terbabit juga dikatakan menjadi pembekal dadah kepada suspek remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini.
Polis turut dikatakan merampas 117 pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Keramat Hujung, petang kelmarin.
Sumber Polis nafi tahan Dewali Keramat
0 Response to "Polis nafi tahan Dewali Keramat"
Post a Comment