Permohonan pesta bir bertajuk The Better Beer Festival 2017 yang bakal diadakan pada bulan depan di negara ini ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia turut dibantah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana tiada jaminan orang Islam tidak akan menyertai pesta itu.
BACA: Menteri: Tahun 2020 Tiada Warung Tepi Jalan
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khalid Zakaria memberitahu pihaknya menolak permohonan yang diterima oleh mereka pada 28 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.
“Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan,” katanya.
“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya.
Isu ini mendapat reaksi berbeza daripada warga laman sosial bukan Islam dan ada yang terkejut dengan keputusan permohonan berkenaan.
Sebelum ini, The Better Beer Festival merupakan acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas dan tahun ini merupakan tahun keenam ia dianjurkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
0 Response to "Pesta Arak Di Ibu Negara Diharamkan"
Post a Comment