Masakan tidak, wanita yang pernah memenangi Oscar ini nekad mencium bibir aktor Alexander Skarsgard di depan suaminya sendiri, Keith Urban.
Momen tersebut terjadi ketika Skarsgard mahu naik ke atas pentas untuk menerima penghargaan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik (Dalam Siri Khas atau Filem Televisyen)
Pelakon berusia 41 tahun memenangi trofi tersebut hasil lakonannya sebagai suami Nicole Kidman dalam siri Big Little Lies.
Sebelum naik ke pentas, Skarsgard mendekati 'isteri' itu yang duduk di kerusi paling depan. Dia spontan merangkul pinggang Nicole lalu mereka berciuman mesra.
..
Sementara Keith Urban sama sekali tidak menunjukkan reaksi cemburu melihat isterinya mencium lelaki lain malah pemenang anugerah Grammy ini tersenyum dan bertepuk tangan.
Momen tersebut cukup mengejutkan penonton kerana ramai tidak menyangka aktres berusia 50 tahun itu akan nekad melakukan aksi intim sebegitu di depan suaminya.
"Apakah hanya perasaan saya atau memang Alexander Skargard dan Nicole Kidman bercium?" tanya seorang netizen di Twitter.
"Dan Inilah Nicole Kidman yang mencium Alexander Skargard di depan suaminya, Keith Urban," komen seorang lagi.
"Keith Urban menonton isterinya Nicole Kidman mencium Skargard," seorang lagi netizen memberi reaksi.
Sumber Nekad Cium Lelaki Lain Depan Suami
0 Response to "Nekad Cium Lelaki Lain Depan Suami"
Post a Comment