Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

 

Berhubung isu Saiful Nang mempertikai tindakan seorang tukang kebun yang melaungkan azan semasa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dia telah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu lalu kepada semua netizen di laman facebooknya.

Jelas Saiful, pertikaiannya itu mungkin disebabkan emosi dirinya yang berasa kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai pelajar tahfiz di Pusat Tahfiz tersebut.

“Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri.

“Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Terdahulu, jurugambar professional ini berkongsi pandangannya yang mempertikai laungan azan semasa kejadian berlaku kerana bagi pendapatnya, pembesar suara masjid pada waktu itu seharusnya digunakan untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan para pelajar yang masih terkandas di tingkat dua bangunan tersebut.

Kenyataan Saiful Nang mendapat kecaman dari rata-rata netizn yang menganggap Saiful tidak peka dan sensitif terhadap insiden tersebut selain dikatakan mempersendakan azan.

Bagaimanapun, kenyataan berikutan pertiakaian laungan azan tersebut telah dipadamkan dan disunting semula.

Saiful Nang dalam kenyataan maafnya menegaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati pada kemudian hari dalam mengeluarkan pendapat agar tidak menyinggung para netizen selain dia juga berterima kasih kepada semua yang telah menegurnya.

Sebelumnya, tragedi menggemparkan negara yang telah meragut nyawa seramai 23 orang itu dikatakan berpunca dari perselisihan faham diantara tujuh suspek yang ditahan dengan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.

Sumber- mStar Online 
               Saiful Nang

Via: SK



Sumber Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

0 Response to "Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka"

Post a Comment