AF Megastar: Kedudukan peserta dan recap komen juri, Syamel di tangga pertama lagi

Konsert pertama AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royal Theater Shah Alam, malam tadi.

Bertemakan ‘Throwback Akademi Fantasia’ , 12 bintang AF Megastar telah menyanyikan sebuah lagu yang pernah dibawakan oleh pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hingga terkini.

 

 

AF Megastar: Kedudukan peserta dan recap komen juri, Syamel di tangga pertama lagi

AF Megastar: Kedudukan peserta dan recap komen juri, Syamel di tangga pertama lagi

 

 

Adira dan Azhar mendapat markah di kedudukkan terendah menyebabkan mereka tersingkir pada malam itu.

Sementara Syamel telah menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

Syamel memenangi eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.

Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Datuk Norman Abdul Halim selaku juri jemputan.

Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web http://ift.tt/2gUpEs8 serta dari khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:

1. Syamel, 58.6% – Ku Tak Akan Bersuara
“Wow! Persembahan yang sangat luar biasa. Tapi saya tak berapa layan lagu ni, mungkin jiwa saya lebih ke arah hip hop. Bagaimanapun saya dapat rasa awak ni bintang yang memang dilahirkan di atas pentas kerana persembahan kamu sangat natural dan enjoy,” – Datuk Norman Abdul Halim

2. Marsha, 57.4% – Asmara
“Pada mulanya saya tertanya kenapa Marsha hendak nyanyikan lagu mudah ini. Tapi setelah melihat persembahan awak dengan penuh karakter saya boleh kata ia persembahan yang hebat. Dulu saya ada kata mahu awak bulatkan lagi suara untuk lebih kemas tapi kali ini saya tak kisah kerana awak menyanyi bertujuan menurut karakter,” – Syafinaz Selamat

3. Bob, 56.6% – Awan Yang Terpilu
“Bob awak memang bagus, persembahan awak memang terbaik. Saya ingat lagi, awak satu-satunya penyanyi yang telah diberi penghormatan oleh kumpulan orkestra, memang hebat,” – Datuk Ramli MS

4. Idayu, 56.4% – Ya Maulai
“Sebutan kamu tu cantik dan jelas walaupun menyanyikan lagu asli, ia persembahan yang hebat. Saya hairan kenapa mereka (peminat) tendang awak awal-awal dulu,” – Datuk Ramli MS

5. Shahir, 44.2% – Seroja
“Telinga saya terganggu dengan pitch awak, suara awak ditenggelami muzik. Lagu tak ada masalah cuma jika mahu buat susunan muzik kena betul. Jika mahu buat kalainan awak perlu dengar dan fahamkannya dahulu, jadi perlu berhati-hati,” – Datuk Ramli MS

6. Ewal, 41.3% – Bunga Pujaan
“Susah nak cari apa point nak kritik, pada mulanya saya cuba cari salah tapi semua ok. Cuma ada terkucil sedikit di awalnya tapi saya percaya awak boleh lakukannya,” – Datuk Norman Abdul Halim

7. Sufi, 40.9% – You Give Love A Bad Name
“Ini lagu rock tapi awak menyanyi dengan genre pop. Saya rasa awak kurang memahami lagu rock itu. Rock dan pop harus berbeza. Awak boleh menyanyi cuma kena faham apa yang nak disampaikan,” – Datuk Ramli MS

8. Indah, 39% – Tiada Lagi Tangisan
“Saya rasa awak cuba nak berikan persembahan yang dinamik dan ada warna tapi awak perlu titik beratkan beberapa perkara praktikal. Tadi persembahan awak banyak kecundangnya tapi saya tak kata ia tak bagus cuma ada kekurangan,” – Syafinaz Selamat

9. Amir, 37.7% – Hanya Tak Mampu
“Saya nampak awak macam takut-takut, orang tak perlu tahu awak sedang gementar sebab suara awak bagus,” – Syafinaz Selamat

10. Amir Jahari, 35.7% – Laskar Pelangi
“Persembahan awak ni idea awak kah? Kerana ia sungguh sempurna dengan video latar, muzik tambahan dan nyanyian awak bagus sekali,” – Datuk Norman Abdul Halim

11. Adira, 29.3%  – Ikut Rentakku
“Siapa tak boleh menafikan awak boleh menyanyi, tapi tadi awak nyanyi putus-putus. Cuba lebih commited dalam persembahan sebab saya rasa tadi awak tak commited,” – Syafinaz Selamat

12. Azhar, 17.1% – Dalam Gerimis
“Saya rasa awak kekok bila menyanyikan lagu ini kerana saya rasa ia bukan jiwa awak tapi secara keseluruhan ia masih suatu persembahan yang baik,” – Datuk Norman Abdul Halim

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://ift.tt/2hbQoEG

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://ift.tt/2gUpEs8

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Via: Astro Gempak



Sumber AF Megastar: Kedudukan peserta dan recap komen juri, Syamel di tangga pertama lagi

0 Response to "AF Megastar: Kedudukan peserta dan recap komen juri, Syamel di tangga pertama lagi"

Post a Comment