Para KL2017: 7 emas dipertandingkan hari ini

KUALA LUMPUR: Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) yang bermula secara rasmi hari ini, bakal menyaksikan perebutan tujuh pingat emas membabitkan sukan berbasikal.

Semua acara yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai itu dijadual bermula jam 9 pagi.

Pemenang pingat emas pertama bagi temasya ini dijangka diketahui jam 10 pagi ini bagi acara kilometer (c1,c2,c3) lelaki.

Selepas itu, pemenang enam lagi pingat emas bakal diketahui secara berterusan menerusi acara kilometer c4 (lelaki), kilometer c5 (lelaki), sprint (B) wanita, sprint (B) lelaki, kilometer (b) wanita dan kilometer (b) lelaki.



Sumber Para KL2017: 7 emas dipertandingkan hari ini

0 Response to "Para KL2017: 7 emas dipertandingkan hari ini"

Post a Comment