AS$7.5 j bantu penduduk di Cuba

HAVANA: Program Makanan Sedunia Pertubuhan (WFP) Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan operasi bernilai AS$7.5 juta (RM31 juta) di Cuba bagi membantu penduduk di kawasan paling terus terjejas akibat Taufan Irma.

Peruntukan itu disalurkan untuk menyediakan makanan kepada hampir 700,000 penduduk di kawasan terbabit.

"Taufan ini memusnahkan seluruh pesisir pantai, kesannya tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley, ketika melawat Havana, selepas bertemu Naib Presiden, Miguel Diaz-Canel.

WFP ketika ini menempatkan lebih 1,600 tan makanan di sekitar Cuba, sedia untuk diedarkan.

Taufan itu menjejaskan kira-kira 60,000 hektar tanah ladang, sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan makanan. - REUTERS



Sumber AS$7.5 j bantu penduduk di Cuba

0 Response to "AS$7.5 j bantu penduduk di Cuba"

Post a Comment