Kedah, Pulau Pinang bah, ratusan dipindah

Beberapa jalan sekitar rumah peranginan di Langkawi, Kedah dinaiki air pada paras 0.3 hingga 0.5 meter. ― Foto ihsan Facebook/Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di LangkawiBeberapa jalan sekitar rumah peranginan di Langkawi, Kedah dinaiki air pada paras 0.3 hingga 0.5 meter. ― Foto ihsan Facebook/Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di LangkawiKUALA LUMPUR, 15 Sept ― Banjir kilat akibat hujan berterusan malam tadi hingga pagi ini menyebabkan banyak kawasan mengalami banjir kilat di Kedah dan Pulau Pinang.

Di Sungai Petani, sebanyak 581 mangsa daripada 144 keluarga di Kuala Muda terjejas berikutan hujan lebat sejak 9 malam hingga awal pagi ini.

Sebanyak 10 kampung terjejas termasuk tiga di Gurun, Sungai Petani (tiga) dan Merbok (tiga), lapor Bernama.

Paling teruk, Kampung Padang Regent, Tikam Batu melibatkan 40 keluarga, Kampung Sungai Badak (30 keluarga) dan Kampung Sungai Bongkok (30 keluarga).

Di Kulim, hanya dua rumah di Kampung Padang Cina, Mukim Padang Cina terjejas.

Namun, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

Di Langkawi, Jalan Kuah-Padang Mat Sirat, Kampung Yoi, Chandek Kura, Kedawang dan Lebuhraya Langkawi antara yang dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 0.5 meter.

Mengikut pegawai daerah, tiga keluarga di Kampung Belak, Langkawi dipindahkan sementara.

DI Seberang Perai, sekurang-kurangnya 34 kawasan di Seberang Perai dinaiki air berikutan air sungai naik ke paras bahaya.

Mengikut Harian Metro, sebanyak 176 rumah di Mak Mandin, Raja Uda, Bertam, Bagan Dalam, Permatang Rawa dimasuki air sejak 9.30 padi.

Beberapa kawasan sekitar George Town dan Balik Pulau turut dilanda banjir kilat. 



Sumber Kedah, Pulau Pinang bah, ratusan dipindah

0 Response to "Kedah, Pulau Pinang bah, ratusan dipindah"

Post a Comment