Para pekerja berkenaan telah memfailkan saman dan mendakwa isteri Justin Timberlake itu tidak pernah memberi wang tambahan, makanan yang betul serta waktu rehat yang cukup sepanjang mereka berkhidmat di restoran Au Fudge.
Dalam tuntutan yang difailkan ke Mahkamah Tinggi LA California pada 13 September lalu, sembilan individu itu terdiri daripada hos, pelayan, pembantu pelayan, pengelola, barista, dan pekerja bar.
Mereka mendakwa bahwa para pemilik restoran termasuk Biel, tidak pernah memberikan sesen pun duit tambahan kepada mereka setiap kali terpaksa bekerja lebih masa.
Sedangkan pihak restoran mengenakan bayaran tambahan sebanyak 22 pera kepada pelangga untuk acara pribadi yang diadakan di restorannya. Namun, tenaga kerja yang mengurus acara tersebut tidak diberi tip.
"Mereka tidak mendapatkan makan dan rehat yang sepatutnya, dan tiada bayaran tip," itu dakwaan yang dinyatakan seperti yang dilaporkan AceShowbiz.
"Individu (para pemilik restoran) yang didakwa mengenakan bayaran ratusan ribu dolar kepada pelanggan dan menyimpan wang tambahan ke dalam poket mereka sendiri."
Kesemua pekerja tersebut menuntut bayaran sebanyak USD 430 ribu. Mereka juga menuntut USD31.5 ribu sebagai bayaran kerana memberi waktu rehat yang kurang serta tuntutan sebanyak USD1 juta sebagai ganti rugi.
Dalam perjanjian perniangaan Fagnge Au Fudge tertulis, setiap pelanggan yang mengadakan acara pribadi, tip tersebut akan diberikan terus kepada para pekerja yang menguruskan acara itu.
Tetapi, majikan mereka seolah-olah sengaja berdolak dalih dengan mengatakan mereka tidak ingat apakah ada pelanggan yang mengadakan acara peribadi dan memberikan tip hasil bayaran tambahan.
Sumber Jessica Biel Dituduh Curi Duit Tip Pekerja
0 Response to "Jessica Biel Dituduh Curi Duit Tip Pekerja"
Post a Comment