Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor,28, ditemui Media Hiburan sejurus majlis pelancarannya di Damansara Perdana, baru-baru ini memberitahu, pelantikannya sebagai wajah kepada produk di bawah Sun Fabulous Sdn Bhd itu dianggap satu penghargaan, apatah lagi sebagai selebriti, dia turut mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan.
Pengacara program MeleTop di samping Nabil Ahmad ini berbesar hati menerima pelawaan menjadi wakilan produk itu kerana faktor konsistensi, selain suplemennya yang terbukti bagus.
“Meski agak lama kerana kekangan masa, namun mereka tetap sabar menunggu. Malah, saya ada juga proses lanjutan masa dan revise beberapa perkara tapi akhirnya semuanya berjalan lancar.
"Saya sendiri cukup fussy tetapi bila sudah cuba sendiri Chew & Glow sejak awal tahun ini, saya berpuas hati,” katanya yang mengikat kontrak selama setahun.
Terpilih sebagai panel program UNDP
Dalam perkembangan lain, heroin drama Suri Hati Mr.Pilot ini sekali lagi terbang ke New York dan Milan minggu lalu.
Kehadirannya ke dua bandar itu bagi memenuhi satu lagi siri undangan program di bawah The United Nations Development Programme (UNDP) serta komitmennya bersama jenama perhiasan diri, Swarovski.
“Kali pertama saya menyertai program UNDP sebagai delegasi untuk Youth Assembly At United Nation.
"Program tersebut adalah pertemuan di antara lebih 1,500 anak muda dari 110 negara terpilih untuk berkongsi idea, pengalaman dan budaya selama lebih kurang dua minggu," katanya.
Bagaimanapun, kali ini kata Neelora dia dijemput menjadi salah seorang panel untuk satu lagi program di sana dan mereka berkongsi hal berkaitan kepelbagaian budaya dan sebagainya.
Menyifatkan peluang yang diraih adalah sebagai satu penghargaan dan pengalaman berharga kerana dapat mengenali dan meluaskan lagi hubungannya bersama masyarakat luar.
“Kalau nak diikutkan, satu hal yang di luar jangka bila terpaksa fly ke beberapa negara pada waktu singkat. Tapi, sebolehnya saya tidak mahu lepas peluang. Mungkin pada masa depan, kesempatan seperti ini tidak akan ada langsung,” akui bintang kelahiran Kelantan ini.
Komitmen drama terbaru
Bercerita kerjaya seninya ketika ini, Neelofa sibuk dengan drama terbarunya, Red Velvet di samping Alif Satar dan baki penggambaran hanya akan berakhir sekitar Oktober depan.
“Setakat ini, semuanya baik-baik saja. Kru dan pelakon juga beri kerjasama yang baik. Kita pun ada beberapa footages yang sudah dipotong dan sebagainya. Saya senang dengan Alif kerana kami boleh saling membantu. Apa yang saya tidak nampak, dia akan bantu," terang Lofa yang turut mengagumi Alif Hadi dan Hafidz Roshdi.
Bagi pelakon yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram ini, Alif Hadi boleh berlakon dengan baik dan turut membantu selain Hafidz Roshdi yang mampu bekerjasama dalam membentuk karakter masing-masing.
Berkongsi mengenai empayar tudung jenamanya, Naelofar, selebriti yang pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ini sedang menanti waktu sesuai melancarkan siri tudung terkini, Black Series.
MH difahamkan, siri tersebut akan hadir dengan beberapa rekaan menarik dan moden.
Sumber Bicara Neelofa perihal duta, seni dan bisnes
0 Response to "Bicara Neelofa perihal duta, seni dan bisnes"
Post a Comment