Zaman saya sekolah men taman desa skudai dulu..
Balik sekolah biasanya sy dan kawan jalan kaki dr sekolah sampai depan jusco..kawan sy duduk flat di belakang jusco .sy pula kena naik bas dr depan jusco tu utk balik ke rumah di jalan kejayaan.
Dulu sy agak sosial.lepas sekolah sy cabut tudung,panas sbb menapak jauh nak jimat tambang bas..rambut perang tiap hari sy akan mengelak utk lalu di lorong pusat tahfiz yg berada di jalan kebangsaan.
Puncanya begini sbb sy pernah di baling batu dan di ejek oleh budak2 tahfiz di situ dgn pelbagai gelaran.yelah kan mereka berjubah putih siap berserban bagai.sy pula dgn baju sekolah sendat rambut pun perang. Itu zaman terejal sy.
Not sure eryn ingat lagi x kes pernah kena ejek siap pakej baling batu bagai dlm perjalanan balik.tapi sy tak pernah lupa.sbb kejadian tu sy agak anti dgn org berjubah bg sy mereka suka memandang hina org macam kami.dululah sy fikir mcm tu.
Tapi sy mmg elak lalu di tahfiz tu sbb mls nak gaduh.
Skrg sy mula sedar dosa sy salah sy diwaktu remaja.dan sy mula menyemak sistem pembelajaran pusat tahfiz.. *Betulkan sy jika sy salah.* kebanyakkan tahfiz hanya focus pada hafaz al quran sahaja.bagus tapi tekankan sama akhlak seperti al quran.ikram sesama manusia.tanggugjawab para pendidik pusat tahfiz mendidik anak2 tahfiz agar tidak mengejek pendosa.
Kes kebakaran ni buat sy teringat zaman sy dulu pernah di ejek dan dihina oleh segelintir bdk2 tahfiz.
Maafkan posting ini.sy ceritakan pengalaman sy sahaja. Tiada niat memburukkan pusat tahfiz sy hanya berkata yg benar dan sy bertanggungjawab dgn apa yg tulis.
Ummat makin tenat.Ampunkan kami ya rabb
Sumber: Aisyah Rafaai
Sumber Jangan ejek pendosa, ini pesan seorang wanita yang pernah serik dengan anak-anak tahfiz
0 Response to "Jangan ejek pendosa, ini pesan seorang wanita yang pernah serik dengan anak-anak tahfiz"
Post a Comment