Bukan luar biasa, sebelum Najib dana KSWP dilabur ke luar negara

KWSP membuat pelaburan di luar negara seperti di United Kingdom, AS dan sebagainya demi memberi pulangan terbaik kepada pencarum. — Foto oleh Yusof Mat IsaKWSP membuat pelaburan di luar negara seperti di United Kingdom, AS dan sebagainya demi memberi pulangan terbaik kepada pencarum. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 15 Sept ― Tidak ada yang luar biasa dengan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS), kata ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata KWSP sememangnya membuat pelaburan di luar negara seperti di United Kingdom, AS dan sebagainya demi memberi pulangan yang terbaik kepada pencarum.

“Jadi, perkara ini (pelaburan KWSP di luar negara) walaupun sebelum lawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS sudah ada,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Hackathon dan melancarkan portal Coding@Schools di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancangan KWSP dan Khazanah Nasional Berhad untuk meningkatkan pelaburan di AS sempena lawatan perdana menteri ke negara tersebut baru-baru ini.

Najib yang dalam rangka lawatan tiga hari ke AS dari 11 hingga 13 September mengumumkan KWSP dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.8 bilion) di negara tersebut manakala Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhasrat untuk membeli lebih banyak pesawat Boeing.​​​​​​​

Tambah Mohd Irwan Serigar, pencarum KWSP mahukan pulangan atau dividen yang tinggi sama ada melalui pelaburan dalam negara atau di luar negara.

Pada masa yang sama, katanya, KWSP mempunyai panel pelaburan yang akan menilai risiko pelaburan dan sebagainya dan juga pulangan yang terbaik.

“Saya rasa perkara ini normal. Panel pelaburan KWSP sudah pun membuat penilaian dan sebagainya. Jadi, melabur ini sesuatu yang biasa untuk memberi pulangan yang terbaik kepada pencarum.

“Tohmahan dan idea sesetengah pihak yang mengatakan di sebaliknya bahawa kita hendak menolong ekonomi AS, adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata MAB juga memiliki pasukan penilaian teknikal dan penilaian komersial tersendiri  untuk menjadikan MAB syarikat penerbangan yang termoden dengan perkhidmatan yang cekap.

“Oleh itu, MAB perlukan pesawat baharu dan sebagainya sama ada Airbus atau Boeing. Panel pelaburan dan MAB sudah membuat penilaian dan sebagainya.  Jadi (pembelian) ini adalah perancangan jangka pertengahan dan jangka panjang MAB,” katanya. ― Bernama



Sumber Bukan luar biasa, sebelum Najib dana KSWP dilabur ke luar negara

0 Response to "Bukan luar biasa, sebelum Najib dana KSWP dilabur ke luar negara"

Post a Comment