Video pelancong wanita asyik berselfie di Dataran Merdeka tiba-tiba diragut

Seorang pelancong wanita yang asyik berselfie panorama Bangunan Sultan Abdul Samad di sini tiba-tiba diragut.

Video pelancong wanita asyik berselfie di Dataran Merdeka tiba-tiba diragut

Video pelancong wanita asyik berselfie di Dataran Merdeka tiba-tiba diragut

Ahli perniagaan China itu, 41 tahun, tidak menyedari peragut bermotosikal datang dari arah belakang dalam kejadian Selasa lalu.

Wanita itu terjatuh tetapi tidak cedera.

Mangsa membuat laporan di balai polis Genting Highlands, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata tiada barangan berharga dalam beg mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Sumber: Malay Mail



Sumber Video pelancong wanita asyik berselfie di Dataran Merdeka tiba-tiba diragut

0 Response to "Video pelancong wanita asyik berselfie di Dataran Merdeka tiba-tiba diragut"

Post a Comment